Pageviews

Sunday, 18 October 2015

Dinner farewell night Diploma (last sem)

Assalamualaikum

Harini aku nak story pasal dinner untuk batch aku in which ini adalah last sem kitaorang. Dah lama giler menyepi dalam media sosial dan aku hanya betul-betul aktif dalam dunia blogging selepas ini.

Aku hanya akan rakam & tulis sesuatu yang berharga and of course time ada kamera, iyalah kalau takde kamera kau nak shoot pakai apa? Lastik?? (Lawak tak berapa nak lawak.......)
To be honest, aku tak berapa minat majlis keramaian, terpuruk di dalam bilik untuk seminggu mahupun sebulan tanpa tv, manusia dan lain-lain, tak menjadi masalah asalkan ada internet dan telepon. Sangat-anti-sosial ye. Bagimana Malaysia mahu mencapai wawasan 2020 jika rakyat macam aku ni dijadikan contoh? Oh tidakkkk.

Bukan tu je. Kalau dok rumah, nak keluar jumpa kawan pon...aku malas. tak tahulah start bila perangai ni boleh absorb dlm diri aku dan sudah pun melepasi sum sum tulang. Ertinya tahap kemalasan tak dapat ditandingi! Tapi untuk majlis terakhir ini aku terpaksa akur demi kawan-kawan aku sebelum berpisah..

Ini la tempatnya. Dinnernyaa malam, gambar ini siang. Nampak sangat ciplak gambar google. Hakhak.
Lokasi : Hotel Tabung Haji, Kuala Terengganu.



Tersenyum gembira kerana kiteorang tak berhimpit sign attendance, aku mintak pertolongan sepupu aku untuk hantar kiteorang pergi ke majlis tu. Terima kasih yoe :)! So datang disini 3 minit awal dari bas .hikhik. 3minit je hokey, masa parking tu bas sudah sampai kat belakang haha...Apa lagi..... Berlari tahi-tahi ayam juga ke meja attendance sebab taknak beratur panjang. (Tewuk perangai)..... Satu lagi aku tak suka menunggu, beratur panjang-panjang.. kan buang masa kan? Lebih baik aku belajar peribahasa yang masih tunggang terbalik.. (berlari tahi-tahi ayam)? 

Bincangkan.


Dalam hanya seminggu aku dapat menaikkan berat badan sebanyak 4kg aaaa, sangat gembira :") Sebelum ni aku turun 7kg start aku sakit.

Majlis kami bermula pada jam 9 malam so selepas solat maghrib sorang-sorang punya busy memang superrb , oleh kerana aku suka bab melilit-lilit ni, aku tolong juga kawan-kawan aku melilit tudung depe, nasib baik tiada yang ambil MC keesokan hari gara-gara tercekik urat lehir kekeke



Takde karpet merah, karpet kuning lagi howt ok sebab dia cover seluruh lantai dewan. Karpet merah hanya cover 1/10 lantai dewan dan tebal beberapa inci, boleh terplewot yang pakai heels tu taow. Masani masuk puteri-puteri perikanan (Eh ada putera sorang), semua cantik-cantik :") 



Simple tapi aku suka konsep dia :") Kadangkadang gift yang berupa frame kecil or key chain konfem bagi aku akan hilang. Tak pon aku tak ingat letak mana.. Haha! macam membazir je bagi aku, kalini berupa kacang. Sedap dan aku tak zabar nak makan sebelum tunggu majlis start. Ketaqaq DAH NI nak makan....



Sambil berbual kosong kita makan tapi aku perasanlah kan kacang aku makin berkurangan sebab expect orang sebelah curi (Dia sayang nak bukak kacang dia)



Ingat makan kat hotel tak boleh guna tangan ka? Hikhikhik.. Aku tak tahu apa masalah garfu yang aku guna tetibe terpelanting kat bawah. fed-up la nak makan daging ceni dengan garfu. (-.-) Dalam masa 5 minit jugak aku buat keputusan ambil semula garfu tu, nasib baik tepat area bawah kaki aku jatuh, kalau terpelanting atas kepala orang caneee........ sanggop aku buat-buat pengsan tetibe hahaha



Aku tak tahu tapi aku suka gambar ini... Mereka berdua kat atas ni antara orang yang jaga aku, all i have to say, Hanya Allah sahaja mampu membalas kebaikan kalian. Raamai lagi tapi takde dalam gambar so special wish kepada yang rasa pernah jaga aku dengan ikhlas,dan tolong aku samaada sengaja atau tak dan sebut aku didalam doanya:"> 


 Haa ni Roomates aku untuk sem 5. keayunan yang nampak pada luaran tak menjamin apa-apa. Percayalah. 

Aiyoo angin dari mana ni. haa ni la perangai mereka sebenar kami. Memang suka tergolek-golek ni sebab duduk kat tangga, jauh dari public. Depan orang kalah cover girl miahahaha. Aku ditolak secara kejam. untunglah ada awan sempat selamatkan satu kakiku (padahal sarah yang menyelamatkan aku) 



Semasa aku menulis ni, aku telah pun berpisah dengan semua batch fisheries. Tipula aku tak sedih, lagi-lagi yang rapat dah pun macam keluarga. Tapi apa nak buat lumrah kehidupan, takkan diaorang nak hidup dengan engko je, mereka pun ada life ok. (ayat kakten)

Aku happy dan tak menyesal untuk first step Diploma ini. Aku yakin korang akan ambil langkah yang lebih baik selepas ni. Apa pon bidang or kerjaya awok2 fisheries, yakin ok kita boleh dengan bidang ini.. Ataupun bidang apa sekali pun.. Ingat! Tak baik kutuk bidang/course seseorang tu sebab rezeki hanya milik ALLAH dan rezeki itu empunya Dia. Kita takde hak untuk menentukanya.. takut terlantun semula kat diri :") Ni berdasarkan pengalaman aku tegur taik lalat kawan aku sorang ni terletak kat tepi bahagian bibir. Tak sangka, entah bila taik lalat mula tumbuh di sekitar bahagian kiri bibir aku..Adakah ini kharmaaa? mungkin kebetolan la kan. Jangan aa camni lalat. Avoid ourselves cakap tentang orang lain(yang buruk). Remember hidup ini ibarat roda.





Terima Kasih kerana sudi membaca :>

Thursday, 27 August 2015

kembali berblog!

Assalamualaikum.

Dah lamanya tinggalkan dunia belog (hikhik) berlakon innocent sikit sebab aku tulis je blog tapi aku private untuk semua orang selain aku la. Kenapa? Sebab aku pun tak tahu. Mungkin aku tak bersedia nak share kisah-kisah dalam fasa payah didunia. 

Semua orang melalui fasa susah, menjongkek, sedih dan kecewa. Oh tapi bukan sebab cinta ye hehe. Tiada masa nak layan cintalah (tabur bunga tahi ayam) Berlagak mcm aku takkan kahwin selamanya. Tak tak tak.

Kini aku kembali berblog! Walaupun aku rasa tak suka sangat tulis tapi aku nak ceritakan pengalaman apa-apa yang aku serta. Aku ni dalam kategori malas jugak nak sertai benda-benda yang seronok, tapi sekali aku try tu haa kalau boleh nak rakam masuk dalam channel aku sendiri masa tua nanti gelak sorang-sorang hehe.

So aku decide nak rakam dalam blog ni :") 

Bersedialah siapa yang nak baca blog ni, aku main tulis je apa aku rasa nak tulis tak tanggung segalanya yang akan terjadi pada anda ehhhhhh haha kbai.